MAS Haryati (kanan) dan Muhammad Faizal bersama produk Fillea Tablet.
MAS Haryati (kanan) dan Muhammad Faizal bersama produk Fillea Tablet.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Fillea Health & Beauty yang memasarkan produk makanan tambahan kini mampu menjual sehingga 100,000 unit produk dalam masa setahun.

Ia adalah peningkatan tiga kali ganda daripada penjualan sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengasasnya, Mas Haryati Baharudin berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas positif daripada setiap pelanggan yang membeli Fillea berjaya mendapatkan berat badan dan indeks jisim tubuh (BMI) ideal.

"Fillea Tablet adalah produk yang memberikan kesan kenyang sehingga tujuh jam kepada pelanggan, sekali gus menyebabkan mereka mengambil kuantiti makanan sedikit.

"Menariknya, pelanggan dapat mengamalkan Fillea Tablet secara terus tanpa perlu bancuhan dan dapat menjimatkan masa.

"Pelanggan boleh mengamalkan Fillea pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum makan malam," katanya kepada Bisnes Metro.

Antara bahan yang terkandung dalam Fillea Tablet adalah Mango Afrika, vitamin C, Rasberi Keton, Garcia Cambogia dan beberapa bahan premium lain.

Menurutnya, bahan berkenaan turut mendapat kelulusan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan ujian makmal turut mengesahkan ia tidak mengandungi bahan terlarang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Fillea, Muhammad Faizal Mohd Zazali berkata, pihaknya kini memberi tumpuan kepada penjualan secara e-dagang seperti Facebook, Instagram dan TikTok serta sistem ejen.

"Alhamdulillah, dengan menggunakan penjualan secara dalam talian sahaja, kami menerima banyak tempahan sehingga ada yang terpaksa menunggu untuk mendapatkan produk.

"Malah, sehingga kini kami mempunyai hampir 900 ejen, dropship dan stokis di seluruh Malaysia serta menjangkakan peningkatan sehingga 5,000 ejen untuk tahun ini," katanya.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan produk atau ingin menjadi ejen penjualan Fillea Health & Beauty, boleh layari laman web www.filleahq.my

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 7:01 AM