Mohd Ibrahimnuddin (dua dari kiri) bergambar bersama pemenang hadiah utama. FOTO Lizam Ridzuan
Mohd Ibrahimnuddin (dua dari kiri) bergambar bersama pemenang hadiah utama. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Lebih daripada 1,600 pengguna Kad Mesra menerima ganjaran kempen Pump n Win Petronas yang diadakan sepanjang lapan minggu lalu.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Petronas Dagangan Berhad, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, sebagai menghargai kesetiaan pelanggan syarikatnya menyediakan kempen dan promosi serta ganjaran lumayan buat mereka.

Pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM40 di mana-mana Stesen Petronas atau Kedai Mesra sejak 29 Februari lalu di seluruh negara dan antara hadiah mingguan yang diberikan termasuklah Piaggio Vespa, basikal lipat dan mata untuk Kad Mesra.

Pemenang hadiah utama berupa Mercedes-Benz CLA200 dimenangi oleh kerani dari Klang , Annambah Nagappan yang turut menerima kad bahan api bernilai RM1,000 hari ini.

Antara hadiah utama lain adalah Proton Iriz yang dimenangi oleh Wan Habib Abdul Rahman dari Kuching dan Lee Fok Key dari Kota Kinabalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 6:13 PM