AHMAD Jafrullail menunjukkan produk keluaran syarikatnya, Badzille Crunch.
AHMAD Jafrullail menunjukkan produk keluaran syarikatnya, Badzille Crunch.
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Badzille World Enterprise menyasarkan peningkatan sehingga 500 ejen daripada golongan muda pada 2022 bagi penjualan produk kudap-kudapan, Badzille Crunch.

Ia produk kudap-kudapan berasaskan empingan jagung yang disaluti telur asin.

Sehingga kini, Badzille World Enterprise ada lebih 80 ejen yang giat dalam memasarkan produk berkenaan.

Pengasas Bersamanya, Ahmad Jafrullail Ahmad Zafrullah berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan golongan belia yang ingin menjana pendapatan bersama mereka.

"Kami sediakan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga bagi mempromosikan produk Badzille Crunch secara langsung dan tanpa rasa segan.

"Kami turut menyediakan pelbagai kelas pemasaran, bahan promosi dan juga peluang kepada ejen untuk mengikuti siri jelajah bagi penjualan secara langsung.

"Badzille Crunch juga produk makanan mudah dijual dan kami menyediakan skim pulangan kembali wang kepada ejen, sekiranya produk tidak dapat dijual," katanya.

Menurutnya, dengan kekerapan siri jelajah dijalankan ejen aktif, penjualan Badzille Crunch secara terus kepada pelanggan melebihi jualan dalam talian.

Jumlah jualan turut mencatatkan peningkatan mencecah RM80,000 sebulan berbanding RM25,000 ketika awal tahun lalu.

Harga ditawarkan bagi penjualan Badzille Crunch adalah serendah RM17 bagi Semenanjung Malaysia dan RM20 bagi Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, beliau berkata, perniagaan Badzille World Enterprise hasil kerjasama bersama sahabat baiknya, Pengasas Badzille World Enterprise, Muhammad Nur Al-Fitry Azmi sejak dua tahun lalu.

"Kami hanya ada 30 ejen pada awalnya dan bermula secara kecil-kecilan dari rumah.

"Kini, berkat permintaan yang kian meningkat, kami mampu membuka dapur sendiri di Setia Alam, Selangor," katanya.

Bagi individu yang berminat menyertai ejen penjualan Badzille Crunch, boleh layari Instagram @badzillecrunch.hq atau hubungi talian 013-457 7014.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-717 2858.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 10:51 AM