AHMAD Zaiem (kanan) dan Mohd Apandi bersama duta produk, Siti Nurulhusna Bokhari menunjukkan produk baru mereka Azymacare Bodywash dan Clay Soap Free Purifying Gel di Azyma Group Sdn Bhd, Kota Damansara. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
AHMAD Zaiem (kanan) dan Mohd Apandi bersama duta produk, Siti Nurulhusna Bokhari menunjukkan produk baru mereka Azymacare Bodywash dan Clay Soap Free Purifying Gel di Azyma Group Sdn Bhd, Kota Damansara. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Syarikat pengeluar produk berasaskan tanah liat, Azyma Group Sdn Bhd bakal melebarkan sayap ke luar negara selepas dua tahun menempa nama di pasaran tempatan.

Ia adalah berkat sokongan pelanggan serta penjualan produk Azymacare yang melonjak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengasas Azyma Group, Ahmad Zaiem Ismail, pihaknya kini merancang membawa produk keluaran mereka ke Indonesia dan Thailand pada awal tahun hadapan.

"Sebelum ini kami pernah cuba untuk menembusi pasaran sana, namun oleh kerana pergerakan yang terhad, kami terpaksa untuk melupakan seketika.

"Insya-Allah kami akan masuk ke pasaran Indonesia dan Thailand serta akan membuat pemerhatian dengan penerimaan pasaran di sana.

"Kami menyasarkan penerimaan yang baik oleh pengguna di sana kerana produk kami yang semula jadi, bersih dan mempunyai persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Azymacare adalah produk penjagaan kulit dan badan yang berasaskan tanah liat yang bermutu tinggi seperti mandian tanah liat dan pencuci muka tanah liat.

Sementara itu, pengasas bersama, Mohd Apandi Hussian berkata, pihaknya juga bakal mempraktikkan cara pemasaran di luar negara sama seperti di pasaran tempatan.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan cara pemasaran secara dalam talian, penjualan secara langsung serta menggunakan sistem ejen.

"Malah, produk kami juga kini boleh didapati di 100 farmasi persendirian di seluruh negara serta kami masih mengalu-alukan individu yang ingin menjana pendapatan bersama kami," katanya.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-717 2858.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 7:00 AM