HASNIZA  menunjukkan produk keluaran syarikatnya  di Selayang. - Gambar NSTP/OWEE AH CHUN
HASNIZA menunjukkan produk keluaran syarikatnya di Selayang. - Gambar NSTP/OWEE AH CHUN
Sri Ayu Kartika Amri


QASEH Health Resources (QHR) komited untuk melahirkan 1,000 usahawan baru dengan pendapatan minimum RM2,000 sebulan pada 2022 menerusi produk keluaran Qaseh Gold.

Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Hasniza Hassan berkata, tahun depan juga pihaknya akan mempertingkatkan jenama Qaseh Gold di pasaran Malaysia.

Katanya, selain itu syarikat akan aktif mencari ejen dan stokis baharu serta melengkapkan mereka dengan latihan dan bimbingan komprehensif.

"Kami percaya ramai di luar sana yang memerlukan pendapatan tambahan dan syarikat mempunyai platform patuh syariah serta produk yang bagus untuk kanak-kanak dan kegunaan seisi keluarga yang boleh digunakan oleh usahawan.

"Kami juga ada panel syariah sendiri serta sistem pelan pendapatan lumayan dan praktikal dengan modal permulaan untuk menjadi usahawan Qaseh Gold serendah RM50.

"Modal untuk menjadi ejen hanya dengan pembelian satu produk sahaja (antara RM50 ke RM60) dan mereka boleh terus menjual," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, syarikat juga akan menyokong usahawan dengan sistem latihan yang mampu menampilkan kemahiran mereka tersendiri.

Hasniza berkata, antara produk yang paling laris adalah Qaseh Gold Junior yang terjual lebih 3,000 botol sebulan.

Beliau berkata, misi utama syarikat juga adalah untuk melahirkan 100 jutawan Qaseh dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Qaseh Gold mempunyai lebih kurang 2,000 stokis dan ejen di mana misi kami juga untuk melahirkan 100 jutawan menjelang 2024 dan pembinaan sistem ejen lebih kukuh sedang giat dibangunkan," katanya.

Usahawan PKS dijemput sertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 7:10 AM