SAMSINAR   (kanan) dan  Farah Hafizah menunjukkan produk keluaran Ananaz Medispa.
SAMSINAR (kanan) dan Farah Hafizah menunjukkan produk keluaran Ananaz Medispa.
Oleh Hajar Umira Md Zaki


ANANAZ Medispa mengambil inisiatif menjalankan perniagaan produk kecantikan secara dalam talian untuk terus bertahan dalam perniagaan dalam situasi pandemik ketika ini.

Ia berikutan perkhidmatan rawatan spa dan urutan tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengasasnya, Samsinar Mashood berkata, pada awalnya Ananaz Medispa memberikan perkhidmatan seperti urutan serta rawatan kuku dan rambut kepada pelanggan.

"Kini, kami menjalankan perniagaan produk kecantikan 100 peratus menerusi platform e-dagang seperti Lazada dan laman rasmi Ananaz.

"Kami belum perkenalkan sistem ejen buat masa ini namun dalam perancangan bagi mendekati pelanggan setia untuk menjadi ejen produk Ananaz," katanya.

Ananaz Medispa menyediakan pelbagai rangkaian produk yang membantu menyelesaikan masalah kulit wajah.

Samsinar berkata, harga yang ditawarkan bagi produk keluaran Ananaz adalah serendah RM79.

Dalam pada itu, Ananaz Medispa antara jenama yang menyertai projek Xcelerator yang dikendalikan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Ketua Pegawai Eksekutif Ananaz Medispa, Farah Hafizah Mohd Nazri berkata, mereka menyasarkan pelanggan sedia ada untuk kekal setia sebagai pengguna produk dikeluarkan Ananaz Medispa.

"Kebanyakan pelanggan kami sama ada pelanggan spa dan produk adalah wanita yang berusia 30 hingga 35 tahun.

"Kami cenderung dalam menarik pelanggan dengan menawarkan hadiah percuma bagi setiap pembelian serta meningkatan cara pembungkusan produk supaya lebih menarik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Ogos 2021 @ 7:45 AM