Keenakan resipi enam dekad
Ipoh: Sambutan Deepavali bagai tidak bermakna tanpa hidangan kuih tradisional muruku, yang menjadi kudapan kegemaran bukan sahaja kaum India tetapi juga semua lapisan masyarakat di negara ini.
Pengusaha muruku di Kampung Kacang Putih, Buntong, J. Ganesan, 42, berkata, muruku yang dihasilkan keluarganya sejak tiga generasi lalu, yang sentiasa mendapat tempahan pelanggan di luar musim perayaan, mendapat permintaan tinggi sejak sebulan lalu.