HATRIK Giroud bantu Arsenal mara pusingan kedua Liga Juara-Juara.
HATRIK Giroud bantu Arsenal mara pusingan kedua Liga Juara-Juara.
AFP

Piraeus, Greece: Olivier Giroud menyumbat hatrik bagi membantu Arsenal menang 3-0 ke atas Olympiakos di gelanggang lawan awal pagi semalam sekali gus memacu Gunners ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Penyerang Perancis itu membolehkan Arsenal mendahului pada babak pertama di Stadium Karaiskakis di Piraeus sebelum menokok dua gol lagi, gol ketiga menerusi sepakan penalti bagi memastikan pasukan kendalian Arsene Wenger layak ke pusingan 16 terakhir bagi tahun ke-16 berturut-turut.

“Saya sudah katakan kepada anda sebelum ini kami pasti berjaya,” kata Wenger, merujuk kepada dua kekalahan berturut-turut kepada Dinamo Zagreb dan Olympiakos pada awal saingan yang menyebabkan Gunners berada dalam situasi sukar.

“Saya amat berbangga dengan pasukan ini kerana kami memiliki mental yang mantap dan pasukan dengan taktikal mengagumkan. Ketika 2-0 kami perlu menekan untuk gol ketiga kerana bahaya untuk kekal 2-0.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 7:40 AM