Oleh Nor Akmar Samudin


Belum setahun mencipta nama sebagai pelakon, sudah dua negara dijelajahi Azrel Ismail bagi menjayakan penggambaran drama selaku teraju utama.

Selepas menjejakkan kaki ke Uzbekistan menerusi drama Fajar di Bukhara, terbaru pelakon berusia 30 tahun ini berkampung selama sebulan di Venice, Itali bagi menjalani penggambaran drama Gondola Cinta di Venice.

Saat ditanya tidak adakah artis lain iri hati dengannya kerana menjadi buruan penerbit dan pengarah serta berpeluang menjayakan penggambaran di luar negara, Azrel berkata, itu semua berbalik pada soal rezeki dan ia di luar jangkaannya.

“Saya berharap perkara itu tidak berlaku kerana saya sendiri tidak me­nyangka akan mendapat peluang seperti ini. Apabila dilamar menerajui Gondola Cinta Di Venice, saya sangat gembira kerana bukan saja naskhah itu menarik, tetapi turut berpeluang ke Venice.

“Dalam soal kerja, saya tidak pernah menyaingi sesiapa, tetapi berusaha melakukan yang terbaik. Kejayaan anak seni bukan sahaja kerana kerja keras, tetapi turut bergantung pada tuah dan rezeki.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 7:19 AM