Oleh Nor Akmar Samudin


Baru setahun menceburi dunia lakonan, sudah dua kali Azrel Ismail, 30, menjalani penggambaran di luar negara. Fajar Di Bukhara drama lakonan pertamanya dirakam di Uzbekistan tahun lalu dan pada 18 Oktober ini dia akan terbang ke Venice dan Rom, Itali untuk penggambaran drama Gondola Cinta di Venice.

Ternyata tuah menyebelahi anak muda ini. Dengan segala peluang yang terbentang depan mata, Azrel berasakan keputusan meninggalkan kerjaya tetap sebagai pegawai pemasaran dan jualan di sebuah hotel serta dunia peragaan demi minat terhadap bidang lakonan berbaloi.

“Saya meletakkan jawatan pada 6 Ogos 2014. Sehari selepas itu, saya dapat tawaran menjayakan Fajar Di Bukhara. Alhamdulillah apabila pihak produksi mencadangkan nama saya kepada RTM, mereka terima tanpa mempersoalkan siapa saya.

“Dua minggu berada di bumi Uzbekistan satu pengalaman yang cukup indah. Memandangkan itu drama pertama, saya ambil peluang belajar kerana percaya lokasi pengambaran adalah ‘sekolah’ terbaik sekiranya mahu memahami serta mendalami ilmu lakonan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 6:47 AM