Kaherah: Bom petrol atau ‘molotov cocktail’ yang dicampak ke dalam sebuah restoran di sini, membunuh 16 orang dan mencederakan dua orang, petang ini.

Rakaman video yang disiarkan Youm 7 menunjukkan asap tebal keluar melalui pintu Restoran El Sayad.

Menurut Reuters, seorang pegawai pihak berkuasa Mesir berkata, serangan itu dipercayai dilakukan oleh bekas pekerja restoran di kawasan Agouza di tengah Kaherah yang dipecat.

Bagaimanapun, AP melaporkan agensi berita Mesir, MENA, menyatakan tiga lelaki bermotosikal mencampakkan bom petrol itu ke dalam restoran.

Menurut pegawai berkenaan, mangsa serangan itu mati sama ada kerana terbakar atau lemas dalam asap.

Restoran berkenaan yang juga kelab malam, terletak di ruang bawah tanah tidak mempunyai pintu kecemasan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2015 @ 5:19 PM
Kepulan asap yang keluar dari pintu Restoran El Sayad di di tengah Kaherah. - Foto YOUM 7
Kepulan asap yang keluar dari pintu Restoran El Sayad di di tengah Kaherah. - Foto YOUM 7