Kalidevi Mogan Kumarappa


POLIS menahan suspek ketiga dipercayai terbabit dalam kejadian membaling bom petrol (molotov cocktail) di Surau Al-Huda di Damansara Damai, pada jam 7 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek berusia 40 tahun dan bekerja sebagai ejen insurans ditahan di sebuah restoran di Lorong 8/1e, di daerah berkenaan.

“€œSuspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini,”€ katanya.

Terdahulu, dua suspek lelaki ditahan pada jam 3 pagi, 22 November lalu bersama motosikal disyaki digunakan dalam kejadian oleh sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Sri Damansara sebelum direman sehingga 28 November.

Siasatan terhadap semua suspek dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Harian Metro melaporkan lebih 20 jemaah yang selesai menunaikan solat Subuh di surau berkenaan terkejut apabila mendapati pintu surau itu terbakar dalam kejadian pada 20 November lalu.

Mereka turut menemui bekas botol arak diisi petrol yang tidak pecah, selain mempunyai sumbu kain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 7:00 PM