ROKOK elektronik. FOTO arkib NSTP Saddam Yusoff
ROKOK elektronik. FOTO arkib NSTP Saddam Yusoff
Oleh Redzuan Muharam


Nusajaya: Surat pekeliling berhubung arahan penguatkuasaan pengharaman jualan rokok elektronik atau vape akan diedarkan kepada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) pada minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi berkata, semua PBT juga sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menurut Abd Latif, edaran surat pekeliling itu dibuat sebagai peringatan kepada PBT bahawa penguatkuasaan di premis jualan perlu dilakukan pada 1 Januari depan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini bertitah mengharamkan penggunaan vape di Johor dan meminta premis berkenaan ditutup pada 1 Januari depan.

Titahnya, pengharaman itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 2:42 PM