Lenovo melancarkan tablet terbaru, Yoga Tab 3 bersaiz 8 inci yang mula dijual di pasaran sekarang.

Ia berharga RM949 serta disasarkan kepada individu yang gemar menonton video apabila mempunyai jangka hayat bateri lama.

Tablet ini menyokong rangkaian LTE dan skrin HD 1280 x 800 piksel yang lengkap pembesar suara depan jenis Dolby Atmos dengan berat hanya 466g.

Sementara itu, satu lagi model, Yoga 900 menjadi laptop ternipis di dunia (14.9mm) bagi Intel Core I dengan pemprosesan i7 generasi keenam yang baru bersama empat mod utama iaitu laptop, diri, khemah serta tablet.

Rekaan tahan lasak ini lebih baik berbanding model Yoga sebelum ini bersama manfaat Windows 10.

Uniknya, ‘hinge’ bagi laptop ini lebih mekanikal dan tahan lasak serta tidak mudah rosak.

SPESIFIKASI:

LENOVO YOGA TAB 3

Harga: RM949

Kenipisan: 7mm

Berat: 467.2g

Storan: 16GB, slot kad mikroSD

OS: Android 5.1

Saiz: 8 inci

Kamera: 8MP

RAM: 1GB

Bateri: 6200mAh

Pemprosesan: Quad Core Qualcomm MSM8909 Snapdragon 210

LENOVO YOGA 900

Harga: Belum diumumkan

Pemprosesan: Intel Core i7 6th Gen

OS: Windows 10 Home

Grafik Intel HD Graphics

Memori: Sehingga 16 GB LP-DDR3L

Kamera Web: 1MP 720p HD CMOS

Storan: Sehingga 512GB Samsung SSD

Audio: JBL Stereo Speakers DolbyÆ DS 1.0

Bateri: 9 jam

Paparan: 13.3” QHD+ (3200 x 1800) IPS

Dimensi: 324 x 225 x 14.9mm

Berat: 1.3 kg

WLAN: WiFi 2 x 2 802.11 a/c, BluetoothÆ 4.0

Port: 2 x USB Type A 3.0, 1 x USB Type C 3.0, 1 x DC-in, slot kad SD, MMC, SDXC, SDHC, Audio Combo Jack

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 5:09 AM