David Moyes berharap dapat menguruskan mana mana kelab di benua Eropah biarpun dipecat daripada Real Sociedad.
Bekas pengurus Everton dan Manchester United berusia 52 itu disingkir tidak sampai setahun mengendalikan kelab Sepanyol itu, awal bulan lalu.
Sewaktu meninggalkan Sociedad, kelab menduduki tangga ke-16 liga dan hanya setakuk terselamat daripada zon penyingkiran menerusi perbezaan gol.
Dia mengendalikan 42 perlawanan - mencatat 12 kemenangan dan tewas 15. - BBC