UNDIAN Liga Europa hari ini. FOTO AFP
UNDIAN Liga Europa hari ini. FOTO AFP
Agensi

Paris: Manchester United dan Arsenal menerima undian sukar pada saingan Liga Europa manakala Spurs memperoleh undian lebih mudah.

United yang tersingkir di Liga Juara-Juara di tangan Leipzig, akan bertemu pendahulu La Liga, Real Sociedad.

Manakala Arsenal di bawah bimbingan Mikel Arteta yang tewas empat perlawanan berturut-turut di tempat sendiri, bakal bertemu gergasi Portugal, Benfica.

Spurs pula dilihat memperoleh lawan lebih mudah apabila bakal bertemu wakil Austria, Wolfsberger.

Satu lagi kelab Liga Perdana, Leicester menentang Slavia Prague manakala Rangers bertemu Antwerp.

Kekecewaan United di Liga Juara-Juara akan bertambah buruk jika disingkir Sociedad yang kini menduduki tangga teratas La Liga hasil kelebihan jaringan berbanding Atletico Madrid.

Sociedad hanya tewas sekali daripada 13 perlawanan La Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Disember 2020 @ 10:51 PM