PELBAGAI pilihan warna menarik mengikut cita rasa yang diinginka.
PELBAGAI pilihan warna menarik mengikut cita rasa yang diinginka.
PELBAGAI pilihan warna menarik mengikut cita rasa yang diinginkan.
PELBAGAI pilihan warna menarik mengikut cita rasa yang diinginkan.
GABUNGAN rekaan jubah tradisional dan kemeja formal memberikan gaya kemas buat si pemakai.

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Pemakaian jubah dalam kalangan lelaki tanpa me­ngira usia semakin diterima ramai. Selain menampilkan gaya yang sopan, jubah juga menjadi koleksi pakaian yang praktikal untuk dipakai ke mana saja.

Lebih menarik apabila rekaan jubah pada masa kini lebih moden dan mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik untuk digayakan terutama buat lelaki urban.

Bagi memberikan kelainan dalam bergaya buat lelaki yang mahukan penampilan sederhana dan sopan, Butik Emas Pesona memperkenalkan koleksi jubah premium, Alhakim.

Butik yang dimiliki Maznah Mohamad Hamzah itu mula diperkenalkan kepada umum pada 15 September lalu. Koleksi jubah premium berkenaan adalah rekaan pakaian lelaki pertama yang dihasilkan butik berkenaan bagi memenuhi permintaan penggemar jubah.

Konsep yang diperkenalkan pada setiap helaian gabungan daripada jubah tradisional dan kemeja lelaki formal bagi memberikan sedikit sentuhan berbeza pada penampilan.

Setiap koleksi terhasil daripada rekaan dan idea Maznah sendiri berdasarkan pemerhatiannya terhadap trend pakaian lelaki masa kini yang digemari ramai.

Selain rekaan terkini, koleksi jubah berkenaan turut menggunakan material kain kapas berkualiti tinggi bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai.

Menariknya, fabrik kain kapas yang lembut dan tidak mudah berkedut itu juga menambah kekemasan pada penampilan, selain ia memberikan kepantasan dalam bergaya tampan.

Koleksi jubah yang boleh didapati secara dalam talian di www.emaspesona.com itu bersesuaian dengan semua jejaka yang mahu menggayakannya secara kasual mahupun formal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 11:53 AM