KOMBINASI warna ceria untuk menonjolkan gaya yang comel.
KOMBINASI warna ceria untuk menonjolkan gaya yang comel.
KOMBINASI warna ceria untuk menonjolkan gaya yang comel.
KOMBINASI warna ceria untuk menonjolkan gaya yang comel.
REKAAN ringkas untuk si kecil bergaya dengan lebih selesa.
REKAAN ringkas untuk si kecil bergaya dengan lebih selesa.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Pengalaman sukar mencari tudung dan jubah untuk si kecil membuatkan Shirin Faira Fazlin Ibrahim mendapat idea membuka butik pakaian kanak-kanak perempuan secara dalam talian.

Ujarnya, dia terpaksa membeli kain dan membuat tempahan dengan tukang jahit sebelum ini kerana agak sukar mendapatkan pakaian digemari anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

Bagi berkongsi keselesaan dan mudah mendapatkan pakaian untuk anak perempuan terutama jubah serta tudung segera, dia membuka butik dalam talian, Princess Lil Zahra bersama rakan kongsinya, Aizura Awang Bakar.

Koleksi pakaian kanak-kanak yang ditampilkan untuk usia dua hingga 13 tahun itu dijual pada harga RM89 hingga 99 (jubah) dan RM25 hingga RM35 (tudung).

Kebanyakan koleksi yang ditampilkan rekaan sendiri sebelum dihantar untuk disiapkan oleh tukang jahit tempatan.

“Konsep moden dipilih pada setiap helaian, namun masih mengekalkan ciri rekaan yang comel, selesa dan mudah digayakan, sesuai untuk dipakai oleh si kecil.

“Penggunaan fabrik crepe, sutera crepe dan satin diutamakan kerana ia lebih sejuk serta memberikan kesan alunan yang menarik kepada si pemakai.

“Rekaan jubah dan tudung atau selendang segera yang sedia dipakai itu akan berubah mengikut musim. Kebiasaannya, butik ini menampilkan satu rekaan dengan 10 warna pilihan yang kebanyakannya pastel ataupun terang,” katanya.

Ujarnya, dia lebih suka menampilkan koleksi yang banyak bermain dengan warna bagi menonjolkan gaya yang ceria dan keanak-anakan.

Fabrik polos tanpa corak sengaja digunakan kerana mahu mengekalkan gaya yang ringkas dan sederhana agar penampilan si kecil tidak terlalu berlebihan.

Bagi koleksi tudung dan selendang segera, penggunaan fabrik kapas likra lebih sesuai kerana ia lebih sejuk serta selesa digayakan.

Pada masa sama, ada juga koleksi yang menggunakan fabrik lycra berkilat untuk disesuaikan dengan tema majlis istimewa yang dihadiri.

Semua koleksi terkini jenama berkenaan boleh didapati secara langsung di butik vendor, Pick A Dress, Seksyen 9, Bangi atau secara dalam talian di princesslilzahra (Instagram).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 11:01 AM