VIBE P1
VIBE P1
VIBE P1m
VIBE P1m
Oleh Wan Nur Ameera Meor Rozman


Lenovo, syarikat pengeluar alat telekomunikasi terkemuka kali ini menampilkan dua model telefon pintar berkuasa baru iaitu VIBE P1 dan P1m.

Direka untuk penggunaan tanpa henti, kedua-dua produk terbabit membolehkan pengguna kekal berhubung, produktif dan sentiasa dalam kawalan.

VIBE P1 mempunyai skrin berdefinisi tinggi (HD) berukuran 5.5” dan tahap kenipisan 9.9mm dengan resolusi skrin 1920 X 1080 piksel.

Malah, hanya dengan seberat 187g, peranti berkenaan berkeupayaan menyimpan storan (RAM) sehingga 2GB.

Didatangkan dengan hayat bateri luar biasa berkapasiti 5,000mAh, ia memerlukan hanya dua jam untuk dicas sehingga penuh untuk memberi kemudahan kepada penggunanya, selain mempunyai suis manual penjimat kuasa untuk memanjangkan hayat bateri.

Selain itu, ia direka dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 64-bit Octa-Core 1.5GHz untuk memaksimumkan penggunaan.

P1M pula dilihat agak berbeza dengan peranti pintar lain kerana terdapat pengisian OTG (On-The-Go) yang berfungsi untuk menyambungkan peranti USB lain seperti alat bluetooth dan pembesar suara mudah alih.

Dilengkapi pemprosesan MediaTek MT6735P 1.0GHz 64-bit Quad-Core yang berprestasi tinggi, ia dapat melancarkan penggunaan aplikasi dan permainan meskipun hayat bateri semakin berkurangan.

Bersaiz lebih kecil daripada VIBE P1, skrin P1m hanya sebesar 5” bersamaan 1289 X 720 piksel dengan ketebalan antara 9.3 hingga 9.5mm serta berat peranti pada 148g.

Mempunyai RAM sehingga 2GB, keluaran terbaru berkenaan juga dibangunkan dengan bateri li-polimer berkapasiti 4,000mAh.

Kedua-dua produk baru keluaran Lenovo itu mampu menyokong kandungan dalam talian menerusi sambungan 4G LTE serta mempunyai sistem (OS) Android 5.1 Lollipop.

INFO

VIBE P1

- Harga: RM1,199

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 64-bit Octa-Core 1.5GHz

- OS: Android 5.1 Lollipop

- Paparan: 5.5” HD (1920 x 1080) IPS

- Memori: RAM 2GB

- Sambungan: 4G LTE

- Saiz: 152.9 X 75.6 X†4.6 - 9.9mm

- Berat: 187g

- Bateri: 5,000mAh (li-polimer)

- Cas penuh: 2 jam

- Warna: Platinum dan kelabu grafit

VIBE P1m

- Harga: RM649

- Pemprosesan: MediaTek MT6735P 1.0GHz 64-bit Quad-Core

- OS: Android 5.1 Lollipop

- Paparan: 5.0” HD (1280 x 720) IPS

- Memori: RAM 2GB

- Sambungan: 4G LTE

- Saiz: 141.0 X 71.8 X†9.3 - 9.5mm

- Berat: 148g

- Bateri: 4,000mAh (li-polimer)

- Cas penuh: 2 jam

- Warna: Hitam onyx dan putih mutiara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 10:17 AM