Suspek dibawa masuk ke dalam van selepas mendapat perintah tahanan reman. FOTO Shaiffulazhar Misri
Suspek dibawa masuk ke dalam van selepas mendapat perintah tahanan reman. FOTO Shaiffulazhar Misri
Oleh Ibrahim Isa

Muar: Lelaki yang juga jiran mangsa rompak dan bunuh kerani sekolah agama di rumahnya Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lalu, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.

Suspek berbaju lokap berwarna ungu diiringi polis ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 10 pagi tadi dan keluar hampir sejam kemudian.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek berusia 30 tahun itu direman tujuh hari hingga 27 November ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki yang juga kakitangan kerajaan itu adalah suspek ketujuh ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang ditemui terbaring di depan pintu bilik utama rumahnya dengan kesan jerutan, Isnin lalu.

Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau, ditahan di rumahnya kira-kira 6 petang semalam selepas memberikan kenyataan bercanggah sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 5:17 PM