Ibrahim Isa


Johor Bahru: Tempoh tahanan reman pembantu warden madrasah di Kota Tinggi ditambah tiga hari lagi hingga 29 April ini bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, Mahkamah Majistret Kota Tinggi membenarkan tempoh tahanan reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu ditambah tiga hari lagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Ahad lalu, suspek ditahan reman empat hari berakhir hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang murid lelaki hingga cedera.

Suspek ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat pada jam 4 petang, Sabtu lalu.

Suapek dikatakan memukul mangsa menggunakan getah paip hingga kaki mangsa cedera.

Mangsa dimasukan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira dua minggu selepas kejadian untuk mendapatkan rawatan, namun kedua-dua kakinya terpaksa dipotong Jumaat lalu akibat jangkitan kuman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 April 2017 @ 1:41 PM
SUSPEK (kiri) diiringi polis ketika keluar dari mahkamah. FOTO Hairul Anuar Rahim
SUSPEK (kiri) diiringi polis ketika keluar dari mahkamah. FOTO Hairul Anuar Rahim