Shukri dan Siti Nurfatihah ceria selepas diijabkabul. FOTO  Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Shukri dan Siti Nurfatihah ceria selepas diijabkabul. FOTO Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Putrajaya: Pelakon Shukri Yahaya, 27, dan pasangannya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 23, kini suami isteri selepas diijabkabulkan 3.36 petang tadi, di sini.

Shukri melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan & Perceraian Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Ahmad dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ahmad Adnan Ishak.

Shukri menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis itu turut dihadiri sanak saudara, teman rapat dan rakan media.

Siti Nurfatihah atau Tya adalah pelakon dan ahli perniagaan. Mereka berkenalan ketika sama-sama membintangi filem Ular.

Majlis persandingan kedua mempelai akan diadakan esok di Kampung Pulau Meranti, Cyberjaya berkonsepkan perkahwinan dalam taman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 5:22 PM