Mohd Sani (kiri)  membuat tinjauan  ketika operasi Gempur Premis makanan di sekitar Bangsar.
Mohd Sani (kiri) membuat tinjauan ketika operasi Gempur Premis makanan di sekitar Bangsar.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Sebuah restoran di Jalan Ara, Bangsar, dikenakan kompaun serta diarahkan tutup selepas didapati gagal mematuhi piawaian kebersihan dalam Operasi Gempur Premis Makanan, semalam.

Restoran diperiksa dalam dalam operasi yang dilakukan pasukan khas kebersihan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Timbalan Ketua Setiausaha KWP Datuk Mohd Sani Mistam berkata, restoran itu diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati wujud haiwan perosak, termasuk lipas dan najis tikus di bahagian dapur.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati restoran berkenaan tidak memperbaharui lesen perniagaan yang tamat September lalu.

“Selain itu, restoran terbabit didapati tidak mempamerkan kad kategori restoran seperti yang ditetapkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 6:16 AM