NORIEEN meriba  anak saudara di rumahnya di Kampung Penad, Gua Musang.
NORIEEN meriba anak saudara di rumahnya di Kampung Penad, Gua Musang.
Oleh Ramli Ibrahim


Gua Musang: “Norieen asyik berkurung dalam rumah dan masih ketakutan selepas keluar dari hospital pada 29 Oktober lalu,” kata Midah Angah, 40, ibu kepada Norieen Yaakob, 10, seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, di sini, yang ditemui selamat selepas 48 hari hilang di hutan Pos Tohoi.

Midah berkata, setiap hari dia terpaksa menemani Norieen kerana bimbang kesihatan anaknya itu terjejas berikutan masih ketakutan untuk keluar dari rumah bermain bersama rakan-rakan.

Katanya, ketika berada dalam wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, kesihatan anaknya semakin pulih, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila Norieen pulang ke rumah.

“Dia macam takut kepada seseorang dan asyik berkurung di dalam rumah. Dia dilihat hanya rapat dengan ahli keluarga apabila mereka kerap memujuknya supaya lupakan peristiwa yang lalu itu.

“Kami berikhtiar memulihkan semula semangatnya dengan menggunakan kepakaran beberapa pawang dalam kalangan penduduk Orang Asli,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 5:50 AM