DR Noor Hisham (kanan) menunjukkan bahan makanan   dicemari lipas ketika pemeriksaan di Jalan Tiong Nam.
DR Noor Hisham (kanan) menunjukkan bahan makanan dicemari lipas ketika pemeriksaan di Jalan Tiong Nam.
Oleh Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Seorang pengurus kedai makan hanya mendiamkan diri di belakang tembok apabila pegawai kesihatan menemui tempat menyimpan bahan makanan dipenuhi lipas hingga menimbulkan rasa loya dalam Operasi Kepialu KL 2015 di Jalan Tiong Nam, di sini, petang semalam.

Berikutan itu, kedai makan itu diarah tutup bermula semalam sehingga 19 November bagi kerja pembersihan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

Operasi bermula jam 3 petang itu dilakukan oleh 30 pegawai Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan(JKWP) Kuala Lumpur yang turut disertai Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bertujuan mengesan premis didapati tidak mengamalkan prosedur pengendalian makan sempurna hingga menyebabkan makanan boleh tercemar.

Dr Noor Hisham berkata, sekurang-kurangnya lima premis makanan diperiksa di kawasan berkenaan dan didapati dua daripadanya terlalu kotor, malah membiarkan makanan terdedah hingga boleh dicemari penyakit berjangkit.

“Hasil siasatan mendapati kebanyakan mangsa dijangkit demam kepialu disebabkan makan atau minum di kawasan radius 15 kilometer daripada pusat bandar ini yang mungkin dicemari bakteria salmonella thypi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2015 @ 10:22 AM