Skuad Harimau Malaya akan beraksi menentang Palestin di Jordan. - Pix fail NSTP
Skuad Harimau Malaya akan beraksi menentang Palestin di Jordan. - Pix fail NSTP

Ramallah: Persatuan Bolasepak Palestin berkata mereka secara berat hati bersetuju beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Arab Saudi dan Malaysia di Jordan.

Persatuan itu turut meminta perlawanan menentang Arab Saudi pada 9 November ditunda untuk membolehkan mereka membuat persiapan rapi, kata ketua persatuan itu Jibril Rajoub sebentar tadi.

Perlawanan Malaysia dan Palestin dijadualkan pada 12 November.

FIFA semalam mengarahkan Palestin bermain di gelanggang berkecuali disebabkan oleh kebimbangan keselamatan.

"Saya bercakap kepada Putera Ali (Jordan) sejak dua hari lalu dan kami akan beraksi pada perlawanan itu di Jordan," kata Rajoub.

"Kami meminta perlawanan ditunda (menentang Arab Saudi) atas sebab logistik." - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 9:39 PM