Oleh Michelle Gun


Petaling Jaya: Bekas deejay radio, Tun Nadia Aminuddin, 29, berjaya memenangi pencarian bakat Projek Radio Hot FM yang berlangsung di Sri Pentas di sini, hari ini.

Kejayaan itu melayakkan Nadia yang berasal dari Ipoh, membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta kontrak khidmat bersama Hot FM.

Tempat kedua disandang Syarifah Nur Farhana Syed Talib (Ann), 25, dari Kuantan yang menerima wang tunai RM5,000.

Tempat ketiga pula diraih anak jati Kuala Lumpur, Mohd Falyq Hikyle Mohd Fuad, 25, dengan wang tunai RM3,000.

Terdahulu, finalis dikehendaki menyiapkan tiga tugasan iatu 'Talk Set', menemubual artis popular sertasesi soal jawab dengan pihak juri.

Barisan juri yang menilai finalis adalah Ketua Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul; Pengarang Hiburan Harian Metro Roslen Fadzil serta pelakon Yana Samsuddin.

Ia ke udara secara langsung menerusi Hot FM dan saluran 8TV selama tiga jam mulai 7 pagi tadi.

Acara itu dihoskan penyampai HOT FM, Farah Fauzana, AG dan Fizi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 4:23 PM