Kenyataan media JPN hari ini.
Kenyataan media JPN hari ini.
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini akan beroperasi seperti biasa pada Jumaat dan Sabtu ini walaupun perlumbaan kereta elektrik, Kejohanan FIA Formula E (Formula E) berlangsung pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, laluan masuk ke bangunan JPN adalah terhad khususnya bagi golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung.

JPN dalam kenyataannya berkata, ini berikutan laluan masuk ke bangunan JPN hanya dihubungkan melalui jejantas pejalan kaki sahaja.

"Sehubungan itu, orang ramai yang ingin berurusan dengan jabatan ini dinasihatkan untuk merancang perjalanan ke JPN bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

"Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan JPN Ibu Pejabat Putrajaya di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected],"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 3:29 PM