Rajinikanth (dua dari kanan) bertemu Mohd Khalil  di Seri Negeri, Ayer Keroh. FOTO Ihsan MHI
Rajinikanth (dua dari kanan) bertemu Mohd Khalil di Seri Negeri, Ayer Keroh. FOTO Ihsan MHI
Oleh Salman Hamat


Melaka: Bintang filem Tamil Rajinikanth mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob, di Seri Negeri, Ayer Keroh, 10.30 pagi tadi.

Mohd Khalil memaklumkan, dalam pertemuan selama satu jam itu, mereka berbincang mengenai filem popular dibintangi Rajinikanth.

"Kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan mereka ke negeri ini.

"Lokasi penggambaran sekitar negeri ini mampu melonjakkan lagi nama Melaka dan Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Pelakon filem Sivaji The Boss itu dijangka berada di negeri ini sehingga Jumaat untuk penggambaran filem bertajuk Kabali.

Antara lokasi penggambaran filem itu adalah di Jalan Kota, Banda Hilir dan Seri Negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 9:22 PM