Foto kombo peminat United beratur di luar Old Trafford Megastore untuk mendapatkan kasut Stretford. - Pix Daily Mail
Foto kombo peminat United beratur di luar Old Trafford Megastore untuk mendapatkan kasut Stretford. - Pix Daily Mail

London: Puluhan peminat kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United sanggup beratur selama 24 jam semata mata tidak mahu ketinggalan mendapatkan kasut sukan berjenama edisi terhad Stretford.

Mereka berdiri menunggu di luar Old Trafford Megastore sejak jam 10 pagi semalam dan berada di situ sepanjang hari termasuk berkhemah di kawasan berhampiran sebelum pelancaran rasmi dibuat hari ini.

Kasut berharga £75 pound (RM487) itu memiliki tiga jalur menggunakan warna biru digunakan kelab lawan sebandar, Manchester City.

Pengeluar kasut mengatakan warna biru itu adalah penghormatan buat pasukan United yang menjulang Piala Eropah 1968. Edisi terhad kasut terbabit hanya dijual sebanyak 1,200 pasang. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 9:34 PM