ANGGOTA polis membawa dua beranak yang didakwa membunuh tanpa niat warga emas. FOTO Mikail Ong
ANGGOTA polis membawa dua beranak yang didakwa membunuh tanpa niat warga emas. FOTO Mikail Ong
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Wanita dan anak lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana kesalahan membunuh tanpa niat.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca dan dua beranak terbabit hanya mengaku faham serta minta dibicarakan.

Hakim Ibrahim Osman kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20, 000 setiap seorang dengan setiap penjamin dan menetapkan 22 Disember sebagai sebutan semula kes.

Ooi Eng Chean, 27, dan ibunya, Tan Leng See, 57,didakwa membunuh tanpa niat warga emas yang juga jiran mereka, Siau Ah Kau, 75, di halamah rumah No 296, Jalan Khoo Hye Keat di Air Itam pada 1.15 petang, 12 Oktober lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Chong Seng Ming.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 3:21 PM