Jenazah Allahyarham diusung untuk dibawa ke tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. FOTO Syazwan Msar
Jenazah Allahyarham diusung untuk dibawa ke tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. FOTO Syazwan Msar
Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Kira-kira 200 jemaah menyertai solat jenazah bekas Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kadir Talib, 86, di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, kira-kira 2.15 petang tadi.

Abdul Kadir meninggal dunia di sebuah pusat perubatan pada 6.40 pagi tadi kerana sakit tua.

Solat jenazah diimamkan oleh menantu Allahyarham, Ishak Abdul Rahman, 46, sebelum jenazahnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, untuk dikebumikan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada 3 petang.

Turut sama menunaikan solat jenazah adalah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Allahyarham berkhidmat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan bermula 1991 hingga 1997.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 2:47 PM