ALCATEL Flash 2
ALCATEL Flash 2
Oleh: Sofyan Rizal Ishak


Petaling Jaya: TCL Communication Technology (TCL Communication)hari ini memperkenalkan model telefon pintar terbaru, Alcatel Flash 2.

Model dengan skrin HD 5 inci itu turut menawarkan ciri fotografi mudah alih lebih baik berbanding model sebelum ini iaitu Alcatel Flash dan Flash Plus.

Peningkatan dalam teknologi kamera termasuk ciri 'gSight' di mana gambar dirakam kamera belakang 13 megapiksel lebih terang dan jelas manakala kamera depan 5 megapiksel juga boleh diguna dengan lampu flash LED untuk foto selfie.

Telefon pintar ini juga mempunyai dua slot SIM selain menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop serta pemprosesan 64bit Octa Core.

Model ini boleh didapati dalam dua warna iaitu Kelabu Volcanic dan Putih Mica dengan harga RM549.

Ia akan ditawarkan secara eksklusif melalui portal belian online, Lazada pada 26 Oktober ini bermula 10 pagi hingga 2 petang bagi 75 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 7:43 PM