POLIS mengusung mayat mangsa: FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
POLIS mengusung mayat mangsa: FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Lelaki berusia 53 tahun ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Limbongan, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Mayat mangsa dipercayai ditemui jiran yang terhidu bau busuk sejak awal pagi, sebelum menghubungi pihak polis kerana pintu rumah berkunci.

Difahamkan mangsa bujang dan tinggal sendirian.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal di situ selama 30 tahun, dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lalu.

Sementara itu, abang mangsa yang berusia 55 tahun berkata, dia terkejut dengan pemergian tragis adiknya selepas kali terakhir cuba menghubungi mangsa Jumaat lalu, namun panggilannya tidak berjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 4:03 PM