FOTO ihsan abcnews
FOTO ihsan abcnews
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengenakan denda RM5,000 terhadap bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selepas mengaku salah menerima rasuah bernilai RM3,000 pada 12 Februari lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Suhaimi Abdullah, 35, dan jika gagal bayar berdepan hukuman penjara enam bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa meminta suapan daripada pengadu bernilai RM3,000 sebagai galakan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang ditangkap khalwat.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Al Mashur Taman Yayasan, Segamat, pada 2.30 petang, 12 Februari 2015.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Fazlin Hamdan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2015 @ 10:45 AM