PENANG 09 October 2015. Penguatkuasa yang dimaki hamun oleh pesalah trafik semasa menjalankan tugas di Lebuh Campell Rabu lalu. dari kanan, Sabrina Sabri, Zarina Osman dan Siti Asa Abu Bakar di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), semalam. STR/Mohd Hilmi Mahmud

Oleh Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi insentif RM200 seorang kepada tiga penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang terbabit dalam insiden dimaki dan dicampak wang oleh pesalah trafik di Lebuh Campbell, Rabu lalu kerana mereka menjalankan tugas dengan baik.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut memuji sikap ketiga-tiganya yang berjaya mengawal keadaan tegang akibat pesalah trafik yang bersikap kurang ajar terhadap mereka.

"Saya harap sikap mereka ini dicontohi oleh semua orang, kita tidak patut memarahi penguat kuasa kerana mereka hanyalah menjalankan tugas mereka.

"Kepada semua penduduk negeri ini yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan MBPP mengunci kereta mereka, bolehlah ke pejabat MBPP untuk membuat aduan mahupun laporan.

"Insiden itu harus dijadikan pengajaran kepada semua pihak dan diharap orang awam tidak mengeluarkan kata-kata kesat memarahi penguatkuasa," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 12:48 PM