MAYAT mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my


Limbang: Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang terjatuh ketika menyeberangi anak sungai di Kampung Pahlawan, di sini petang semalam, ditemui pagi tadi.

Mayat Siti Nurhilda Tahir ditemui datuknya yang turut mengikuti Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) berhampiran lokasi kejadian kira-kira 10 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa dikatakan terjatuh ketika menyeberangi anak sungai bersama ibu saudaranya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik mangsa tamat menghadari kelas KAFA.

Menurutnya, ketika kejadian 5.20 petang semalam, hujan lebat dan arus deras menyebabkan mangsa terlepas pegangan tangan ibu saudaranya dan hayut dibawa arus.

"Operasi SAR dijalankan 5.58 petang semalam dan sehingga 11 malam, mangsa masih belum ditemui.

"Operasi SAR hari kedua bermula 6.30 pagi tadi dan mayat mangsa ditemui datuknya behampiran lokasi kejadian," katanya.

Mayat diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 11:47 AM