MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat sebelum dibawa ke HPD untuk bedah siasat. FOTO ihsan Polis
MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat sebelum dibawa ke HPD untuk bedah siasat. FOTO ihsan Polis
Khairul Najib Asarulah Khan


MAYAT pegawai tentera yang terjatuh ke dalam lombong pasir di Sungai Linggi, Port Dickson, semalam, ditemui terapung oleh pasukan pencarian, hari ini.

Mayat mangsa, Leftenan Kolonel Abdul Rashid Shahadan, 54, ditemui 9 pagi tadi, satu kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, operasi mencari mangsa diteruskan 8 pagi tadi sebelum mayatnya ditemui di permukaan air.

Katanya, semalam pihaknya dengan kerjasama pasukan tentera, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta nelayan memulakan operasi pencarian pada 10 pagi sebelum menangguhkan operasi pada 7 malam.

“€œOperasi diteruskan semula pagi ini d anmayat mangsa ditemui sejam kemudian. Operasi ditamatkan 10.30 pagi tadi.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi semalam, Abdul Rashid ke kawasan lombong itu bersama tiga anak saudaranya berusia 11 hingga 13 tahun untuk beriadah.

Mangsa dipercayai cuba menyeberangi satu saliran di lombong berkenaan untuk mengambil sampan, namun mangsa dihanyutkan arus dan hilang dari pandangan.

Sebelum kejadian, mangsa sempat menyerahkan telefon bimbit kepada anak saudara dan secara kebetulan isteri mangsa menghubunginya lalu dimaklumkan oleh anak saudara mengenai kejadian itu.

Isteri mangsa kemudian menghubungi pasukan penyelamat kira-kira 12 tengah hari dan operasi pencarian dilakukan.

Berita berkaitan

Tentera gerak anggota

Leftenan Kolonel hilang dalam lombong

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 12:28 PM