King Chuan (tiga dari kiri) menunjukkan antara dadah heroin yang dirampas dalam satu serbuan pada sidang media di IPK Pulau Pinang di sini. FOTO Mikail Ong
King Chuan (tiga dari kiri) menunjukkan antara dadah heroin yang dirampas dalam satu serbuan pada sidang media di IPK Pulau Pinang di sini. FOTO Mikail Ong
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Polis menahan seorang lelaki sebelum membongkar makmal memproses dadah dan merampas heroin dianggarkan bernilai RM300,000 di banglo di Gunung Semanggol, Perak Rabu lalu.

Serbuan dibuat pada 10.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, selepas menahan lelaki itu pada 6.30 petang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Lee King Chuan berkata, berdasarkan siasatan, suspek berusia 50 tahun bekerja sebagai penjual kereta terpakai dan pemberi pinjaman wang.

Katanya, suspek dipercayai menyewa banglo itu untuk dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin.

“Dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai alat memproses dadah termasuk heroin seberat 9.324 kilogram (kg), kafein 42.682 kg dan sembilan botol asid cair,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 2:29 PM