Keadaan waktu pagi di Palangkaraya pada 23 September lalu (rujuk video).  - Foto dan video Liputan6.com
Keadaan waktu pagi di Palangkaraya pada 23 September lalu (rujuk video). - Foto dan video Liputan6.com
Keadaan Palangkaraya diselimuti jerebu tebal hari ini, dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir 1,800. - Foto  Tribun Kalteng
Keadaan Palangkaraya diselimuti jerebu tebal hari ini, dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir 1,800. - Foto Tribun Kalteng

Jakarta: Keadaan jerebu di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini di tahap sangat membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu mencecah hampir 1,800.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu pada jam 5 petang waktu tempatan ialah 1,700 dan indeksnya didapati terus meningkat.

Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lalu dan pagi tadi, bacaan IPU ialah 500.

Menurut laporan media tempatan, keadaan jerebu di Palangkaraya melumpuhkan aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah ditutup sejak Isnin lalu selepas kawasan itu diisytiharkan darurat jerebu.

Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan dua hari lalu, keadaan dilaporkan pada tahap sangat tidak sihat

sebelum bertukar kepada berbahaya sejak semalam. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 9:52 PM