Oleh Suraya Roslan dan Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Semua penerbangan Firefly ditangguhkan sementara waktu berikutan keadaan jerebu teruk di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAA), Subang.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong, berkata penangguhan itu dibuat atas faktor keselamatan dan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan beberapa lokasi selamat lain.

"Kita mengambil keputusan itu selepas melihat keadaan jerebu teruk di landasan LTSAA.

"Semua penerbangan keluar masuk di LTSAA hanya akan beroperasi semula apabila keadaan jerebu bertambah baik," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap LTSAA, berkata lapangan terbang masih beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, penangguhan penerbangan milik Firefly dan Malindo Air ditangguhkan buat sementara waktu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 7:44 PM