SEORANG wanita memakai topeng N95 bagi melindunginya terhadap keadaan berjerebu berhampiran pusat kewangan Singapura, semalam. FOTO EPA
SEORANG wanita memakai topeng N95 bagi melindunginya terhadap keadaan berjerebu berhampiran pusat kewangan Singapura, semalam. FOTO EPA

SINGAPURA: Kualiti udara di Singapura, hari ini dikategorikan tidak sihat berikutan jerebu dari Sumatera, Indonesia, yang dibawa tiupan angin dari selatan dan barat daya.

Setakat 8 pagi ini, indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam berada dalam lingkungan 152 hingga 186, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura.

Bacaan PSI 24 jam melepasi 100 menandakan kualiti udara tidak sihat manakala antara 201 dan 300 pula, sangat tidak sihat. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 11:21 AM