JEREBU di Singapura. FOTO: AFP
JEREBU di Singapura. FOTO: AFP
AFP

SINGAPURA: Pencemaran akibat kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan kualiti udara di Singapura berada pada tahap yang tidak sihat, buat pertama kali dalam tiga tahun, kata kerajaan seminggu sebelum menjelangnya perlumbaan malam Formula Satu.

Asap toksik hasil dari pembakaran untuk membersihkan tanah perladangan adalah masalah tahunan Indonesia tetapi ia menjadi lebih teruk pada tahun ini ditambah cuaca kering melampau.

“Terdapat kemerosotan keadaan jerebu di Singapura petang ini,” kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan.

“Ini kerana pertembungan angin di rantau berdekatan yang menyebabkan lebih banyak kabut asap dari Sumatera ditiup ke Singapura,” katanya merujuk kepada salah satu pulau di Indonesia yang terbabit dalam kebakaran hutan.

NEA berkata, indeks standard pencemaran (PSI) sudah mencapai 108 di sebahagian pulau lewat petang tadi.

Pembacaan indeks antara 101-200 dianggap tidak sihat dan penduduk dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti di luar rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 7:59 PM