Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Seorang pengusaha bengkel mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam kepada orang Islam yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim @ Abraham.

Selain itu, sepasang suami isteri turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat mengambil bahagian dalam pengembangan ajaran itu.

Tertuduh ialah Kamarudin Annuar, 48, serta pasangan suami isteri Mohamad Harizal Kamarudin, 36, dan Nur Ridah Osman, 24.

Hakim Syarie Ibrahim Deris bagaimanapun menetapkan 10 Disember ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Sementara itu, lima lagi tertuduh masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah mereka dan mahkamah menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 1:42 PM