PENGIKUT ajaran sesat Millah Ibrahim keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
PENGIKUT ajaran sesat Millah Ibrahim keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
Oleh Nor Azura Abdul Jalil


Kuala Lumpur: Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam atas tuduhan menjelaskan satu doktrin yang berlawanan dengan hukum syarak berhubung ajaran Millah Ibrahim@Abraham, Oktober tahun lalu.

Johan Haruna, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris.

Mengikut pertuduhan itu, Johan didakwa bersama Kamarudin Annuar, 49, menjelaskan satu doktrin yang mencampur aduk kefahaman kandungan ayat al-Quran dengan Al Kitab dan penerbitan buku Kristian yang dipercayai antara ciri-ciri dalam ajaran Millah Ibrahim@Abraham di premis perniagaan tingkat 2, Megan Phoenix, Jalan Cheras, di sini, antara jam 9 dan 9.25 malam, 20 Oktober 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 9:40 AM