Mungkin ramai yang tahu anggota kumpulan CNBLUE, Lee Jong Hyung berkawan baik dengan pelakon Kim Woo Bin.

Ketika CNBLUE menjadi tamu Cul­two Show sempena promosi album terbaru mereka, 2gether, DJ Kim Tae Gyun bertanyakan hubungan mereka.

Jong Hyun yang juga model dan kini pelakon, mengakui beberapa hari lalu ada menghubungi rakannya itu untuk lepak makan bersama.

Katanya, mereka agak sibuk akhir-akhir ini menyebabkan agak lama tidak makan bersama.

Sebaik saja mendengar hal itu, DJ dan rakan CNBLUE lain mendesak Jong Hyun menghantar pesanan ringkas kepada rakannya itu.

“Hyun, awak mesti sangat sibuk, kuatkan diri!” kata DJ Kim ringkas. Jung Yong Hwa mencelah memberi nasihat supaya melakukannya dalam nada sentimental.

Jong Hyun dan Woo Bin pernah berganding dalam drama A Gentlemen’s Dignity.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2015 @ 5:02 AM