.Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) yang muncul juara Piala TNB 2016 di Stadium Hoki Tun Razak, hari ini. - Foto HASRIYASYAH SABUDIN
.Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) yang muncul juara Piala TNB 2016 di Stadium Hoki Tun Razak, hari ini. - Foto HASRIYASYAH SABUDIN
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sapura 3-0 pada aksi final di Stadium Tun Razak, sebentar tadi.

Kejayaan itu juga bermakna THT melakar kejuaraan berganda untuk tahun ketiga berturut-turut selepas mempertahankan kejuaraan Liga Perdana musim ini.

THT di depan pada minit ke-6 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan tonggak import Korea Selatan Jang Jong Hyun.

Suku kedua menyaksikan THT terus menyerang dan memperoleh gol kedua menerusi jaringan padang Nicolas Enrique Della Torre minit ke-22.

Jong Hyun mengesahkan kemenangan THT dengan menjaringkan gol ketikga hasil pukulan sudut penalti minit ke-51.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 11:13 PM