FOTO Nik Abdullah Nik Omar
FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Tiga unit pondok agama di Kampung Pulau Tebu, Tunjung Kota Bharu hangus terbakar, kira-kira 9 malam tadi.

Dalam kejadian itu, dua kereta dan dua motosikal milik kakitangan pondok itu turut hangus terbakar.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penguasa Bomba Zainal Fitri Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.15 malam.

Katanya, 19 anggota daripada BBP Tunjung, Kota Darulnaim dan Kota Bharu bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, pondok sudah hangus. Api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan keseluruhan api dipadamkan sejam kemudian," katanya.

Sementara itu pengasas pondok itu, Juariah Ghazali, 54, menganggarkan pihaknya kerugian lebih RM100,000.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2015 @ 5:51 PM