PELAJAR Malaysia membuat pemeriksaan terakhir sebelum berangkat pulang. FOTO Ghazali Kori
PELAJAR Malaysia membuat pemeriksaan terakhir sebelum berangkat pulang. FOTO Ghazali Kori
Oleh Salman Hamat


Riau: Pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Sharif Kasim II, Pekanbaru, 4.30 petang (5.30 waktu Indonesia) tadi.

Jurucakap Wisma Putra yang ditemui berkata, pesawat sama akan melakukan penerbangan ulang alik sebanyak dua kali bagi membawa pulang semua 218 pelajar yang terbabit.

"Penerbangan pertama membabitkan 120 pelajar dan baki akan dibawa pulang pada penerbangan seterusnya malam ini.

"Pesawat akan mendarat di Pangkalan Udara Subang, Selangor, malam ini dan perjalanan mengambil masa 50 minit hingga satu jam," katanya.

Pelajar berkenaan kini sedang melalui pemeriksaan keselamatan dan semakan dokumen sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 7:01 PM