ZAINUN (gambar kecil) disahkan terkorban. FOTO AP
ZAINUN (gambar kecil) disahkan terkorban. FOTO AP
Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Satu lagi jenazah jemaah haji Malaysia dikenal pasti, menjadikan jumlah mangsa lima setakat ini yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Masjididilharam, Makkah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jenazah yang dikenal pasti itu ialah Zainun Taha, 69, berasal dari Ampang, Selangor.

"Jenazah mangsa dikenal pasti melalui pengecaman ahli keluarga di Hospital Muasseim," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata demikian sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi bersama Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga TH Tan Sri Ismee Ismail.

Malam tadi, Jamil Khir mengesahkan empat jenazah jemaah rakyat Malaysia dikenal pasti ialah Rusiah Suar, 56, yang berasal dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; Munah Jusoh, 74, Cherang Ruku, Kelantan dan Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, Tanah Merah, Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 10:17 AM